top of page

E-PENGANJURAN LATIHAN

Pengurusan Latihan Terkehadapan

Di laman web e-Penganjuran Latihan, kami percaya pengurusan sesuatu latihan dapat dimudahkan dengan menyuntik elemen IR4.0 bersesuaian dengan inisiatif Green Campus yang menjadi sasaran utama untuk direalisasikan. Di laman web ini, anda boleh memohon Kod QR untuk menguruskan pendaftaran peserta, berkongsi kit latihan dan sekaligus dapat menganalisa penganjuran latihan yang anda laksanakan. Laman web ini juga turut menyimpan rekod-rekod penganjuran latihan yang menyediakan maklumat-maklumat penting berkenaan penganjuran latihan di UiTM Cawangan Perak.
Anda boleh memilih butang DAFTAR untuk mendaftar latihan anda dan kami akan membuat tindakan yang selanjutnya atau anda boleh memilih butang REKOD untuk melihat rekod penganjuran latihan sebelum ini.

Home: Welcome
wixiste pendaftaran.jpg

Manual dan Brosur e-PL

Bagi memudahkan pemahaman berkenaan e-PL, anda boleh melihat panduan penggunaan e-PL dengan memilih butang MANUAL dan melihat infografik e-PL dengan memilih butang INFOGRAFIK

Home: Welcome

PENDAFTARAN PENGANJURAN LATIHAN

Penganjuran Latihan Terkehadapan Semudah 123

Untuk memudahkan anda menguruskan perjalanan program yang melibatkan pengrekodan kehadiran peserta, pengedaran bahan latihan dan mendapatkan maklumbalas penganjuran,  disini kami tunjukkan anda langkah satu persatu bermula dari pendaftaran latihan untuk mendapatkan Kod QR sehinggalah penganalisaan penganjuran latihan. Sila mulakan dengan menekan butang Langkah 1 dan diakhiri dengan menekan butang Langkah 3.

Langkah_satu_edited.jpg

Anda perlu mendaftar penganjuran latihan disini untuk mendapatkan Kod QR bagi proses mendaftar kehadiran peserta, pengedaran kit latihan dan mendapat maklumbalas penganjuran dari peserta. Urusetia kami akan menghantar Kod QR yang telah siap kepada anda dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

Langkah_dua.jpg

Setelah anda mendapat Kod QR untuk proses pendaftaran peserta, kit latihan dan maklumbalas penganjuran latihan, kelulusan menganjur latihan, anda boleh mula menyediakan satu poster penganjuran latihan untuk diedarkan kepada peserta pada hari kejadian.  Di dalam poster tersebut, peserta boleh menggunakan Kod QR yang terpapar. Klik butang SAMPEL POSTER untuk melihat formatnya.

Langkah_tiga.jpg

Anda sudah boleh anjurkan program anda. Kami doakan perjalanan latihan anda berjalan dengan lancar. Jangan lupa ingatkan peserta untuk mengisi borang maklumbalas penganjuran ya. Anda juga boleh mendapatkan analisa penganjuran dari Urusetia. Sila klik butang ANALISA.

Home: Courses & Programs

REKOD PENGANJURAN LATIHAN

Rekod latihan yang telah dianjurkan sebelum ini hanya difailkan secara manual. Di dalam laman ini, kami berkongsi sejarah statistik penganjuran latihan, rekod penganjuran latihan dari tahun 2019 sehingga tahun yang akan datang agar maklumat ini dapat digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat di samping menjadi sumber rujukan utama di dalam penyediaan laporan tahunan jabatan.

Home: Courses & Programs
bottom of page